Palestine : Apa yang dunia perlu tahu ? 🍉
🕌 Palestine bukan sekadar nama di peta ia adalah tanah yang penuh sejarah, keimanan dan perjuangan sejak ribuan tahun dahulu. Mari kita fahami sedikit tentang asal-usul dan perjalanan panjang bumi suci ini.
1. Zaman Awal : Tanah Para Nabi
Palestin terletak di kawasan Asia Barat, di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Dahulu tanah ini dikenali sebagai Tanah Kanaan tempat tinggal bangsa Kanaan. Di sinilah juga ramai nabi-nabi diutuskan , antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Ishaq, Nabi Yaakub dan Nabi Isa (AS) . Disebabkan itulah Palestin menjadi tanah suci bagi tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
2. Pemerintah Berganti-Ganti
Sepanjang sejarah, Palestin pernah diperintah oleh pelbagai kerajaan antaranya:
- Bangsa Kanaan (±3000SM - 1200SM)
- Kerajaan Israel & Judah (±1000SM - 586SM)
- Empayar Babilon (586 SM - 539SM)
- Empayar Parsi (539SM - 332SM)
- Empayar Yunani (332SM - 63SM)
- Empayar Rom (63SM - 313M)
- Empayar Byzantine (313M - 637M)
- dan akhirnya Khilafah Islam selepas zaman Nabi Muhammad ﷺ.
4. Perang Salib (Crusades)
Sekitar abad ke-11, tentera Kristian Eropah melancarkan Perang Salib unutk merampas Baitulmaqdis. Namun, pada tahun 1187 pahlawan Islam terkenal Salahuddin Al-Ayyubi berjaya menawan semula kota suci itu dengan penuh keadilan dan belas kasihan.
5. Zaman Penjajahan Moden
Selepad berabad-abad di bawah pemerintahan Islam, Palestin akhirnya jatuh ke tangan Empayar Uthmaniyyah (1517-1917). Namun selepas Perang Dunia Pertama British mengambil alih dan memerintah Palestin. Tahun 1917, British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin dan inilah titik mula penderitaan rakyat Palestin.
6. Penubuhan Israel (1948)
Pada tahun 1948, British berundur dan golongan Zionis mengisytiharkan negara baru bernama Israel di tanah Palestin. Ratusan ribu rakyat Palestin diusir dari rumah mereka dan peristiwa ini dikenali sebagai Nakbah (malapetaka besar).
7. Palestine Hari Ini
Sehingga kini, Palestin terbahagi kepada dua wilayah utama :
- Tebing Barat (West Bank) - ditadbir oleh pihak berkuasa Palestin
- Gaza - ditadbir oleh Hamas dan sering menjadi sasaran serangan
Comments
Post a Comment